Sunday, August 24, 2014

Sumpah Semerah Padi (1981)

Filem ini aku upload atas permintaan sahabat-sahabat. Please enjoy the movie... (cheh...macam kat panggung GSC lak rasa...)

Tuesday, April 8, 2014

Silat Seni Gayong Pusaka - Teknik dan Buah

Buah dan teknik dalam Silat Seni Gayong Pusaka memang sentiasa ganas dan brutal dan sentiasa menjadi pujaan hatiku. Dipertontonkan sedikit teknik yang dipetik dari siri Mahaguru yang pernah disiarkan di TV3 tak lama dulu. Ni kat laman web tonton.com.my pun takde ni...hehe... Part favourite aku dalam video ni bila Pak Andak Majid pijak muka lawan dia...brutal giler. Bertuah murid dia yang dapat rasa tangan (dan kaki)guru...memang sakit, tapi pengalaman yang pasti tak akan dilupakan.

Movie Penuh - Kuro Obi (Black Belt)

Fuh...lama giler tak hapdate blog. Sibuk mengalahkan perdana menteri. OK la...yang surprise dah tak jadi surprise, tapi aku nak juga share movie ni dengan sahabat-sahabat semua. Pada pendapat aku, scene lawan dia memang terbaik...takde pakai camera trick dan betul-betul pakai teknik yang original. Saksikanlah...

Tuesday, December 25, 2012

Movie best yang baru dijumpai

Pada suatu hari dalam beberapa bulan yang lepas, sewaktu aku bersiar-siar di laman youtube, tetiba aku terlihat satu tajuk movie yang menarik perhatianku... lantas aku mengdownload movie tersebut dari youtube. Lepas tu sebab kekurangan masa untuk tengok movie dalam laptop, akupun biarlah movie tu sesorang dalam hard disk sehinggalah malam tadi dah tak tau apa nak buat, aku tengoklah... ropa-ropanya best giler... Apa yang bestnya? Tengoklah preview yang aku buat sendiri di bawah ini dulu...

 Tajuk movie dan lain-lain scene fight yang lagi menggiurkan akan disiarkan tak lama lagi...hehe... tungguuuuu... kalau yang dah tau tu diam-diam dah la ye...saje buat surprise skit takkan tak boleh....

Thursday, September 13, 2012

Penantian bakal berakhir...

Agak sibuk kebelakangan ini, tu yang lama tak hapdet blog ni, tapi aku nak jugak kongsi satu berita gembira buat sahabat-sahabat... apa agaknya ya...?? hehe....

Akhirnya... akhirnya filem The Raid: Redemption akan ditayangkan di pawagam. Setakat yang aku tahu ia akan ditayangkan di GSC bermula pada hari Khamis 20 September 2012 ini. So untuk yang dah tunggu lama macam aku...jangan lupa temujanji anda dengan GSC nanti ya.

Sebenarnya aku dah pun donlod movie ni dari youtube beberapa minggu lepas...tapi aku tak nak tengok lagi...tunggu tengok di screen besar kat GSC dulu baru aku akan tengok dalam laptop. Tengok dalam laptop dulu tak besh aa...gambar kecik dan sound tak memberangsangkan.

Tadi cuba gak cari lagi sekali full movie ni dalam youtube tapi tak jumpa lak... kalau jumpa boleh la aku share link dia dengan kengkawan semua, boleh la sama-sama tengok, terutama kengkawan yang tak berpeluang atau dok jauh dari panggung wayang. Nanti la kalau jumpa nanti aku letak link dia ek...

Wednesday, April 25, 2012

Filem Silat Tembusi Pasaran AS

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption. 

JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa. Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini. Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS. Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia. “Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia. “Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu. Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan. Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan. Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan. Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Thursday, April 19, 2012

Silat Pusaka Gayong: Malam Pendekar 2012

Persembahan demo terbaik aku anugerahkan kepada aliran Seni Silat Pusaka Gayong. Ada silap sikit-sikit tu adat la...tapi yang penting ia tidak mencacatkan persembahan secara keseluruhan.



Tahap keyakinan hayunan parang dalam demo ni lebih sikit berbanding aliran silat yang membuat persembahan sebelumnya. Bukan senang nak buat demo tempur parang, latihan kena cukup, sebab kalau silap haribulan ada parang yang makan orang. Pernah terjadi pada sahabatku sendiri suatu masa dulu...nasib baik dia tak apa-apa, hanya jari jemarinya sahaja yang cedera.



Tahniah buat pasukan demo Pusaka Gayong...dari Balik Pulau kalau tak silap aku. Semoga terus mempersembahkan demo yang mantap.