Monday, July 19, 2010

Seni Silat Sendeng Malaysia

Sekitar tahun 1990-an di Taman Melawati...dari tingkap ofis aku dapat melihat beberapa orang pelajar sebuah kolej di situ sedang berlatih. Habis waktu kerja, aku mendekati dan berbual dengan mereka...dan dari situ aku tahu mereka berlatih Seni Silat Sendeng (SS). Sewaktu aku masih belajar SC dahulu, salah seorang jurulatihku pernah berkata, secara peribadi beliau meminati dan mengagumi beberapa aliran silat yang mana salah satu daripadanya adalah Silat Sendeng. Jadi secara tak langsung, setelah memperolehi sedikit sebanyak maklumat, ianya mempengaruhi fikiranku untuk mengenali silat ini.

Pernah suatu masa, sewaktu aku bersama ahli-ahli SC baru selesai mengadakan demonstrasi pengenalan dan pengambilan ahli baru di kampus tempat aku mengajar SC, kami didatangi oleh beberapa orang yang sebahagiannya aku kenali sebagai ahli SS. Tempat latihan mereka cuma lebih kurang 100 meter dari tempat kami membuat demonstrasi. Salah seorang daripada mereka (yang aku tidak kenali pada masa itu) bertanya adakah ada antara kami yang mengenali beliau. Kami yang pada masa itu boleh dianggap generasi baru jadi terpinga-pinga bila disoal begitu oleh orang yang tidak kami kenali. Setelah jurulatih senior kami datang, barulah kami tahu bahawa orang yang menegur kami tadi adalah Hj. Ismail Hj. Hamzah, Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia.


Agak lama kami berbual dengan beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mail dan beberapa orang ahli SS yang lain. Beliau begitu peramah dan mesra walaupun pertama kali berjumpa. Dari perbualan itulah baru aku tahu bahawa dia merupakan kawan baik dengan Ustaz Hanafi iaitu pengasas SC, manakala abangnya iaitu Hj. Hamid Hj. Hamzah yang juga dikenali sebagai Pak Hamid tangan besi, pengasas PSSSM pula berkawan dengan Yahya Said, guru kepada Ustaz Hanafi. Banyak pengalaman yang diceritakan dalam pertemuan singkat itu.


Dari beberapa pertemuan dengan ahli-ahli dan guru SS itulah yang mencetuskan minatku untuk mengenali SS dengan lebih dekat. Jadi aku nekad untuk mempelajarinya...di gelanggang latihan di kampus yang sama. Aku, disertai beberapa orang kawan mula mempelajari SS di bawah jurulatihnya Cikgu Mail sendiri dan beberapa pelatih senior. Latihannya agak keras, masa tu aku rasa stamina masih baik lagi, tapi kalau sekarang ni kena buat latihan macam tu, mau pancit rasanya. Setelah beberapa bulan berlatih, atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak ketahui, gelanggang SS di kampus tersebut ditutup. Aku hanya sempat menjalani ujian peringkat pertama sahaja, itupun dibuat di sebuah masjid di Sri Damansara. Memang di masjid itu ada gelanggang latihan, tetapi lokasinya yang agak jauh dari kampus beserta masalah pengangkutan, aku tak dapat meneruskan latihan SS....dan di situlah jodohku dengan SS berakhir.

Friday, July 2, 2010

Drama dan Filem Beladiri

Filem dan drama berunsur seni beladiri, sama juga seperti demonstrasi, ada yang bagus, pantas, tangkas dan mempunyai gerak yang mengagumkan dan sebaliknya pula ada yang dibuat sambil lewa, gerakan lembab, langkah sumbang...janji ada sepak dan tumbuk, kira seni beladirilah tu. Sahabat semua sendiri sedia maklum yang mana satu filem atau drama seni beladiri yang bagus dan yang mana tidak, apatah lagi sebagai seorang pengamal beladiri, kita tau pelakon mana yang ada kemahiran atau tidak. Bukan tidak pernah kita menonton filem yang bila heronya membuka langkah silatnya sahaja dah terserlah sumbangnya dan amat ketara yang dia tidak mempelajari apa-apa seni beladiri, kaku semacam je. Kalau nak cerita tentang perkara ini sahaja memang panjang, jadi dicadangkan sahabat pergi ke link berikut untuk lebih jelas. http://www.filemkita.com/maklumat/artikel/artikel_01.html

Antara drama dan filem berunsur seni beladiri yang aku minati sejak dulu hingga sekarang adalah seperti Luk Tujuh, Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas, Matinya Seorang Patriot, Puteri dan Syahadat, manakala filem-filem luar pula adalah seperti Fist of Legend, SPL, Dragon Tiger Gate, Fighter In The Wind, Zatoichi, Crying Freeman, Ong Bak, Tom Yum Goong dan Ip Man.



Ada sesiapa boleh cadangkan apa lagi tajuk filem-filem yang aksi seni beladirinya boleh dikategorikan sebagai bagus? Terima kasih



Sunday, June 6, 2010

Silat Seni Gayong Malaysia & Pusaka Gayong

Aku sebenarnya meminati hampir semua jenis seni beladiri. Di mana atau bila sahaja ada kesempatan aku hampir tak mungkin akan terlepas untuk melihat demonstrasi-demonstrasi yang diadakan. Tapi seringkali juga berita sampai ke pengetahuanku hanya selepas demonstrasi selesai, memang frust la jawabnya. Harap ada di kalangan sahabat yang mungkin tahu sekiranya ada blog atau laman web yang menyiarkan acara-acara demonstrasi seni beladiri yang bakal diadakan di mana-mana dapat membantu hamba ini, jadi tidaklah hamba hanya tahu selepas acaranya berakhir.

Seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, antara aliran seni beladiri yang jarang gagal menarik perhatianku bila membuat demonstrasi adalah seni silat dari aliran Gayong, sama ada Gayong Malaysia ataupun Pusaka, apatah lagi jika demonstratornya adalah otai-otai seperti Jebat dan (arwah) Zulkarnain, Kasturi dan lain-lain orang lama, kegagahan dan ketangkasan mereka sememangnya terserlah. Demo parang berapi adalah antara trade mark silat Gayong, biasanya memang adalah penonton yang menjerit (pompuan la...tak tau la jika ada lelaki yang menjerit..hehe...) sebab ngeri tengok percikan bunga api dan bunyi dua parang berlaga depan mata. Tak kurang ngeri dan menarik juga buah-buah kuncian dan seni lompatan dan akrobatik yang dipersembahkan. Bukan menidakkan kehebatan persembahan seni beladiri lain, Cuma mungkin sebab Gayong adalah antara aliran yang mempunyai ahli yang paling ramai, jadi demonstrasinya lebih kerap boleh ditonton di mana-mana. Selain Gayong, Silat Cekak, Tae Kwon Do dan Karate (sekadar menyebut beberapa aliran) juga antara aliran yang well prepared dan sistematik bila buat demo.



Faktanya, setiap seni beladiri mempunyai kehebatan dan tarikan tersendiri, cuma dari pemerhatianku, kadang-kadang ada sesetengah peserta atau jurulatih demonstrasi kurang memberi fokus kepada mutu dan kelancaran persembahan, sama ada perancangan dibuat secara agak tergesa-gesa atau kurang latihan untuk demo tersebut, hanya diri mereka sendiri yang boleh menjawabnya. Jika penonton terdiri daripada khalayak yang tiada latar belakang seni beladiri, persembahan yang sederhana mungkin sudah mencukupi, tapi jika penonton adalah terdiri daripada pengamal seni beladiri, sedikit kecacatan, sama ada gerak demo yang terlalu perlahan, gerak yang teragak-agak atau kurang yakin, silap langkah, gerak yang tidak sychronize dengan pasangan tempur atau sebarang kesilapan yang paling kecil sekalipun akan dapat dikesan oleh penonton.

Memang demo bukanlah penentu sama ada sesuatu seni beladiri tersebut bagus atau tidak atau seseorang pengamal beladiri itu betul-betul mahir ataupun tidak secara realitinya, tetapi demo adalah pembuka mata kepada orang lain untuk lebih mengenali aliran yang dipersembahkan. Penonton tidak boleh menilai apa yang mereka tidak nampak, jadi adalah menjadi tugas pengamal beladiri untuk mempersembahkan kecantikan dan kehebatan beladiri mereka untuk menarik khalayak menyertai aliran masing-masing. Memang itu tujuannya kita membuat demonstrasi kan?

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan di IPT tempat aku belajar hanya beberapa tahun selepas aku belajar silat Cekak. Atas sebab-sebab yang tak dapat aku nyatakan (mungkin ada antara sahabat diluar sana yang tahu sebabnya) aku tak dapat menyertainya di kampusku sendiri. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada beberapa orang sahabatku yang juga merupakan jurulatih Gayong, gelanggang terhampir yang ada pada masa itu adalah di jalan Gombak, tetapi disebabkan masalah pengangkutan, aku tak dapat untuk berulang-alik ke sana. Nampaknya memang aku tiada jodoh dengan silat Gayong, tetapi aku masih kekal sebagai peminat setia...walau di mana aku berada dan walau aliran apa yang aku pelajari sekarang.

Friday, May 21, 2010

Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Setelah tertubuhnya Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Cekak Hanafi) dan Cekak Hanafi mengambil alih persatuan SC di universiti tersebut dari Silat Cekak Malaysia, aku bergiat aktif dalam latihan dan demonstrasi, seterusnya menjalani ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP), dilantik sebagai Pembantu Jurulatih Percubaan sebelum menjadi Pembantu Jurulatih dan seterusnya sebagai Jurulatih dan menjalani ujian Sijil Menengah Persilatan (SMP).

Sebagai jurulatih, selain melatih penuntut untuk menghadapi ujian-ujian SRP dan SMP, aku juga selama enam tahun berturut-turut menjadi jurulatih untuk pasukan yang mewakili kampus kami ke Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat kebangsaan. Antara tuan rumah pertandingan yang aku masih ingat ialah kampus kami sendiri, UIA, UM, UPM dan UKM. Sepanjang enam tahun, iaitu enam kali pertandingan, kami muncul sebagai juara keseluruhan sebanyak dua kali.



Setiap kali melatih peserta untuk pertandingan, aku sendiri selalu memberitahu mereka bahawa aku tak mahu mereka berlatih disebabkan untuk menjadi juara, tetapi aku cuma mahu mereka lakukan yang terbaik kerana soal menjadi juara tiada siapa yang boleh tentukan disamping setiap pasukan yang bertanding juga mempunyai kekuatan mereka tersendiri, sedangkan jika mereka melakukan yang terbaik, kemahiran dan ketangkasan yang diperolehi itulah yang lebih penting untuk mereka. Ringkasnya... aku tak kisah jika anak didikku kalah dalam pertandingan, asalkan mereka menunjukkan kesungguhan dan berdisiplin sepanjang aku melatih mereka.... namun berkat kesungguhan mereka, jarang antara mereka yang pulang dengan tangan kosong, yang pulang dengan tangan kosong hanya aku, iaitu jurulatih mereka, tetapi kepuasan yang aku perolehi tidak dapat digambarkan.

Terlalu banyak pengalaman berharga yang aku perolehi sepanjang menjadi jurulatih. Pelbagai ragam rakan-rakan jurulatih dan penuntut juga yang aku hadapi. Itu semua akan aku simpan kemas di dalam ingatan.

Seni Silat Cekak Malaysia

Melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti menemukanku dengan seni silat aliran Cekak Malaysia. Masa tu di universiti tersebut hanya ada dua seni beladiri iaitu Silat Cekak (SC) dan TKD. Memandangkan aku pernah mempelajari silat sewaktu di sekolah dahulu, aku memilih untuk mempelajari silat juga. Sangkaku dengan mempelajari Seni Silat Gayung Pancasila (SSGP) dahulu akan memberi kelebihan dari sudut kefahaman dan kemahiran gerak bila aku belajar SC, tapi sangkaanku silap. SC amat berbeza dari SSGP dan kebanyakan silat. SC menanti serangan tidak berkuda-kuda. Menyerang juga tiada kuda-kuda. Buah-buahnya segerak, tiada mengelak, cuma ada tangkisan dan gelek. Memang aku betul-betul kekok pada permulaan aku mempelajarinya, malah sebelum belajar SC, selepas melihat demonstrasi, sempat aku bertanya kepada jurulatih SC, “Tak boring ke bang Silat Cekak takde kuda-kuda?”... aku sendiripun tak tau apa jenis soalan yang aku tanya tu, ada pulak tanya pasal boring atau tak bila takde kuda-kuda...hehe...

Pada permulaan kelas, sewaktu belajar kaedah B, iaitu tangkisan untuk serangan pada bahagian dada... dengan yakinnya aku menepis sambil mengeraskan tanganku, sama dengan aku ambil tangkisan luar SSGP dulu, tapi tiba-tiba abang jurulatih disebelahku memperbetulkan cara tangkisan yang aku buat. Tangan aku yang dikeraskan tadi disuruh lembutkan dan jari-jari aku yang dah mengepak itupun disuruh rapatkan. Makin janggal jadinya aku. Kebiasaan yang dilakukan waktu dalam SSGP dulu nampaknya banyak yang tak boleh pakai bila belajar SC. Lepas tu abang tu ada jelaskan, “Kita lembutkan tangan sebab tangan yang sama akan kita gunakan lagi pada peringkat yang seterusnya. Kalau tangan kita keras, gerakan lanjutan akan jadi lambat.” Setelah semakin naik peringkat barulah semakin faham aku tentang konsep dan gerak dalam SC.

Krisis kepimpinan yang berlaku setelah beberapa tahun aku dalam SC telah menyaksikan persatuan yang menaungi SC berpecah kepada dua iaitu persatuan asal, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Setelah meneliti segala penjelasan melalui semua sumber yang ada pada masa itu, aku membuat keputusan untuk memilih PSSCUHM.

Monday, April 5, 2010

Seni Beladiri Kedua

Banyak sangat selingan... hingga tertunda nak menulis tentang seni beladiri seterusnya yang aku pelajari selepas Seni Silat Gayung Pancasila.

Seni beladiri kedua yang aku pelajari adalah tinju siam. Tinju siam? Rasanya ramai akan kenal kalau disebut muay thai, tomoi atau kick boxing....tapi tinju siam? Jangan tanya padaku kerana aku sendiri tak pasti dan tak pernah bertanya kepada guru yg mengajarku asal usul seni yg aku pelajari ini. Cuma mengikut teori aku mungkin ianya adalah versi muay thai yang lebih ringkas...agaknya laaa..


Kisah bermula sewaktu cuti sekolah sekitar 20 tahun yg lalu...aku dan seorang kawanku dipelawa oleh seorang kawan baik ayahku yg cuma kupanggil Pak Su untuk mempelajarinya. Pak Su tiada gelanggang, pelawaannya kepadaku adalah atas dasar aku adalah anak kawan baik beliau. Bila malam kami berbasikal melalui jambatan dan tebing sungai yang boleh tahan gelapnya untuk ke rumah Pak Su yg terletak berhampiran sawah padi yg agak luas serta dikelilingi pokok kelapa. Kami berlatih hanya diterangi cahaya samar-samar dari lampu dalam rumah Pak Su....dan kalau bernasib baik, bulan penuh akan melimpahkan cahayanya menemani latihan kami.

Seni ini, seperti juga tomoi...menekankan penggunaan penumbuk dan sepak hadapan dan sepak layang sebagai teknik utama. Satu teknik yg tak pernah aku lihat dalam tomoi adalah cara melepaskan diri apabila kaki kita ditangkap sewaktu melakukan sepak layang. Walaupun secara keseluruhan tekniknya tidaklah sebanyak teknik dalam tomoi, tetapi teknik melepaskan diri tersebut bagiku agak istimewa.

Habis latihan kami akan dihidangkan air teh O panas dgn kuih atau biskut sambil berborak dengan Pak Su... beliau memang seorang yg baik hati dan tak kedekut dgn ilmu yg beliau ada. Dalam dok borak-borak tu ada juga beliau berseloroh, katanya kepada kami... “balik nanti hati-hati lalu atas jambatan tu...kot-kot ada perempuan rambut panjang dok kat jambatan tu jangan pulak korang tegur.” Anak daranya plak marah kat Pak Su... “Ayah ni buat menakutkan diaorg je nak balik,” ada jugak orang yang sayangkan kitaorang, anak dara lak tu...hehee...

Kami menuntut tinju siam ini hanya selama 4 malam... tapi kami sempat diperlimau penamat oleh Pak Su. Ada juga diajarkan ilmu bisa tangan dan diijazahkan, tapi entah kenapa aku tidak beramal dengan ilmu itu....sekarang ni dah langsung tak ingat tentang amalan tersebut.

Tulisanku yang akan datang adalah mengenai seni beladiri ketiga yang aku pelajari...iaitu....

Wednesday, March 31, 2010

Senjata Lapan

Lian 3 @ Lian Tumbuk Tiga dari perguruan aliran buah pukul mersing Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi



Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi is a compact, hard and fast syncretic Buah Pukul Mersing style founded by Pak Mat Kedidi of Johor

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.senjatalapan.com/

Monday, March 22, 2010

Ip Man 2

Movie yang ditunggu2 akan menggegarkan pawagam berhampiran dengan anda pada bulan April nanti...samo2 la kito tunggu yo... Sambil tengok tu jangan tersiku orang sebelah lak...nanti tak pasal2 Ip Man entah ke mana... kat balai plak kena cerita.

Release Date: 29 April 2010
Cast: Donnie Yen, Sammo Hung, Lynn Hung, Huang Xiao Ming, Louis Fan


Kalau tak nampak nak baca sila klik pada imej...tq




Synopsis

After his victory over the Japanese General in Foshan, Ip Man (Donnie Yen) moves to Hong Kong. He sets up a martial arts school to teach Wing Chun. Here, he is challenged by other kung fu masters, including Sifu Hung (Sammo Hung) who masters in Hung Quan. Sifu Hung and Ip Man draw a tie in their challenge and the latter is adored as a recognized master in Hong Kong.

Meanwhile, Twister, the powerful but cruel boxer champion who despised Chinese kung fu destroyed the fruit market and harassed the kung fu institutes. Twister, who also resulted in Sifu Hung's death, then challenged the Chinese kung fu masters for a public combat. Ip was filled with grief and indignation and he decided to take up the challenge. He swore to claim back the dignity of Chinese kung fu and the Chinese people. A furious fight is about to begin...

Friday, March 19, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Silat Seni Gayong Malaysia

Hamba perturunkan pula video klip persembahan dari Silat Seni Gayong Malaysia pada Japan-Malaysia Martial Arts Demonstration yang lepas.



Seperti biasa, demo gayong musti gempak punya...sambutan dari penonton tak yah cakap la, paham2 sendiri la. Selamat menonton!

Pak Jo dan Kesederhanaannya

Beberapa malam yang lepas...aku menemani dua orang sahabat untuk minum-minum. Aku je la yang minum, kawan tu lak melantak kuey teaw tomyam...nyam nyam... Bukan pasal kuey teaw tomyam yang aku nak citer... tapi turut minum di kedai makan itu bersama seorang lagi sahabat adalah salah seorang guru silat Kalimah iaitu Pak Jo. Bukan senang nak berpeluang duduk semeja dengan guru silat yang disegani ni.


Sambil minum sempat la sembang-sembang dengan Pak Jo. Soalan pertama aku... “Pak Jo sihat?” Kata Pak Jo dia sekarang berusia 68 tahun...jadi sihat cara orang umur 68 tahunlah. Dia sekarang masih mengajar silat semata-mata sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mewariskan ilmu yang ada padanya kepada generasi pelapis. Tutur kata Pak Jo cukup sederhana, tenang, teratur, mudah difahami dan jelas terpancar keikhlasannya bila berkata-kata...

Sebelum ini aku selalu mendengar tentang kelebihan Pak Jo dari beberapa orang sahabat... Aku juga pernah diberitahu kaedah pengajarannya juga adalah fleksibel dan terbuka. Dalam ramai guru atau jurulatih beladiri yang nak penuntut2 hanya belajar seni beladiri aliran masing2 sahaja (sebab merasakan perguruan mereka adalah the best dan unbeatable...), Pak Jo pula lebih terbuka dan menggalakkan penuntut-penuntutnya meluaskan pengetahuan dan belajar apa juga ilmu beladiri yang ada... patut la mereka suka menuntut dari Pak Jo.

Aku beritahu Pak Jo yang aku pernah sekali berkunjung ke gelanggang di rumahnya berhampiran Greenwood sedikit masa dulu... nampak seperti Pak Jo cuba mengingatkan balik tentang kunjungan itu...tapi ternyata tak dapat. Bagiku biasa la kalau Pak Jo tak ingat.... dah la aku pegi gelanggang dia baru sekali, dah agak lama pulak tu...dah tu mesti dah ntah berapa ribu orang yang melawat gelanggang Pak Jo, lagipun aku ni bukannya sapa-sapa, bukan guru silat, bukan juara dunia...juara kampung pun bukan... so aku sikitpun tak kecik ati dan tak kisah. Tapi yang menyentuh hati aku bila Pak Jo pulak yang kisah, di penghujung pertemuan sebelum dia beredar... dia minta maaf pada aku kerana tak dapat ingat yang aku pernah minum kopi kat gelanggang dirumahnya dulu... aku lak yang terkedu....

Sesungguhnya sifat seorang guru silat yang merendah diri dan cukup sederhana ada pada Pak Jo. Semoga Pak Jo terus dikurniakan kesihatan untuk terus mencurahkan segala ilmu yang ada padanya kepada anak cucu.... Amin.

Friday, March 12, 2010

Chung Hwa Goh Chor

Untuk permulaan hamba persembahkan dulu video klip dari seni mempertahankan diri Chung Hwa Goh Chor untuk santapan mata sahabat2 semua.



Video2 klip lain seperti Judo, Silat Harimau Seri Rama dan Silat Seni Gayong Malaysia akan hamba uploadkan sedikit masa lagi.

Wednesday, March 10, 2010

Japan-Malaysia Martial Arts Demonstration

7 Mac 2010, hari Ahad, bertempat di The Summit, Subang USJ, telah berlangsung Japan-Malaysia Martial Arts Demonstration anjuran Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dengan kerjasama Kedutaan Jepun. Aku dapat tahu tentang demo ni pun dari seorang kawan, tapi dia lak yang tak leh datang sebab ada hal. Jadi terpacak la aku sorang2 tengok demo tu walaupun orang yg tengok demo ramai tapi semua aku tak kenal....so kira sorang la jugak.

Persembahan ini telah disertai oleh 8 aliran seni beladiri Jepun dan Malaysia. Aliran-aliran tersebut adalah Aikido Yoshinkan, Goh Chor, Silambam MGR, Judo, Silat Harimau Seri Rama, Kenpo Karate-Do, Ninjutsu dan Silat Seni Gayong Malaysia.

Persembahan dimulakan tepat pada jam 2.00 ptg (agaknya sebab kerjasama dengan Jepun tu yg punctual tu...kalau harap org2 macam kita....hehe...) dengan jurus atau pengenalan perguruan masing2 di depan VIP. Seterusnya selepas perasmian selesai, barulah setiap aliran membuat persembahan penuh. Persembahan terakhir oleh Silat Seni Gayong selesai pada jam 5.30 ptg dengan setiap aliran membuat persembahan lebih kurang 30 minit.

Demonstrator nampak ada yang well-prepared, ada yg tak cukup preparation... nampak la bila buat tempur berpasangan pun teragak-agak nak bergerak...tau la tak cukup latihan, nasib baik tak tertetak tangan dengan parang berapi. Tapi secara keseluruhan boleh tahan la... sebab aku pun dah lama bebenor tak terlibat dan tengok demo martial art, itu pasal la sanggup drive dari gombak ke USJ. Sambutan oleh penonton kira hangat gak la, tambah plak hari tu hari Ahad, ramai orang keluar jenjalan dengan aweks, pakwe serta mereka dan keluarga mereka.

Saksikanlah sedikit sebanyak gambo2 yang sompek den snap maso demo tu...tak la banyak, kalau tak cukup lantak engkorang lah...ada pun dah cukup baik...hehe...soli aaa...gurau2 saja maa...

(P.S.: Dalam gambo2 tu yang byk kepalo2 org tu anggapkan sebagai hiasan je la, tak dapat posisi baik punya...)

Tuesday, March 9, 2010

Seni Silat Gayung Pancasila



Dah lama aku search dalam YouTube ni pasal SSGP, cuma baru2 ni je jumpa videonya...(minta izin dari author nanriah771) SSGP banyak terdapat di Terengganu dan Pahang. So..tuan2 dan puan2... saksikanlah serba sedikit aliran Seni Silat Gayung Pancasila ini...terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

Aku dan Seni Beladiri 2

Di sekolah menengah kat kampung, ada satu silat yang diajar sendiri oleh Guru Penolong Kanan sekolah... beliau cuma namakan silat tu sebagai Silat Melayu. Ntah kenapa masa tu aku tak ‘termasuk’ silat tu akupun tak tau, mungkin takde kawan yang ajak join atau takde kawan yang aku boleh ajak join sekali.

Pertukaranku ke sekolah lain untuk ke tingkatan 4 telah menemukan aku dengan silat aliran Gayung Pancasila....dan di sekolah itulah untuk pertama kalinya aku bergelanggang silat. Cikgu-cikgu yang mengajarku semua baik-baik belaka. Disebabkan minatku pada silat, jarang aku miss latihan. Aku tak tahu banyak mana sebenarnya silibus Gayung Pancasila ni, yang aku tau cuma belajar, nak tanyapun sebab dah sememangnya tak tau dan tak reti nak tanya. Yang aku ingat cuma aku ada belajar langkah sembah buka gelanggang, tutup gelanggang, satu jurus tangan kosong, jurus pisau, jurus tongkat, 40 buah hidup atau buah pentas dan 40 buah mati.

Sepanjang latihan, sempat jugak la merasa tendangan sisi dari cikgu sampai hilang nafas sekejap, nasib baik cikgu cepat tolong, kalau tak dah naik ambulans berehat kat spital. Aku menghabiskan sesi persekolahan disitu dengan bawak balik parut kat atas pipi sebelah dengan mata akibat main buah pentas dengan partner....lama jugak parut tu menetap kat situ tapi nasib baik pastu ilang, kalau tak ilang hensem diriku yang dah memang separuh hensem nih.

Sekarang? Selepas hampir 20 tahun berlalu, ingat la sikit-sikit jurus dan buahnya. Mana ada partner nak berlatih. Tetapi pengalaman yang aku perolehi amat berharga, kerana itulah titik tolaknya aku mula meneroka dunia beladiri yang teramat luas ini.