Pertengahan dekad pertama abad ke-21, satu aliran buah pukul mersing membuka gelanggangnya di taman perumahan tempat aku tinggal, atas permintaan pihak surau dengan tujuan melatih penduduk-penduduk taman khasnya untuk ahli rukun tetangga. Aku hadir sewaktu jurulatihnya memberikan taklimat dan demo ringkas untuk memberikan lebih kefahaman tentang apa itu buah pukul mersing...dan dari situ aku tahu nama aliran ini adalah lian padukan....dan dari situ juga aku tahu rupanya aliran beladiri yang di bawah nama umumnya buah pukul mersing ada banyak alirannya dengan pelbagai nama, antaranya adalah lian padukan, gayang lima, gerak lian, lian yunan, lian kwangtung, lian paduka dan ada juga yang mengekalkan namanya sebagai buah pukul mersing sahaja. Aliran-aliran ini banyak terdapat di negeri-negeri johor, pahang dan terengganu.

Antara aliran-aliran buah pukul
Melihat persembahannya...walaupun cukup ringkas, sedikit sebanyak memberikan aku kefahaman tentang konsep buah pukul mersing, atau biasa juga dipanggil buah pukul. Gerak tangan yang pantas adalah perkara pertama yang aku perasan tentang buah pukul...seakan-akan tangan silat sendeng yang pernah aku pelajari. Konsepnya yang berbeza berbanding silat-silat yang aku pernah pelajari sebelum ini membuatkan aku merasakan yang aku perlu mempelajarinya... maka bergelangganglah aku semula...dan bermulalah juga penglibatanku dalam arena buah pukul...
aku pun belajar buah pukul mersing. lepas aku berhijrah keluar dari mersing, barulah aku sedar yg buah pukul mersing ini sangat hebat!
ReplyDeletetahniah,,
DeleteLian yg ada kat area Pekan, Rompin dan Johor antaranya ialah lian Yunan, Lian Kwangtung dan lian Kuntao..masa kat kg dulu mmg gila belajar Lian..minat pada Seni Lian tak pernah padam..
ReplyDeletetp buah pukulan mersing langsung tak ade kene mengene dengan lian padukan,gayang lima atau lian yg lain2.jangan salah paham brader..lain guru lain ajarannye..buah pukulan mersing ttp dgn namenye dan liannye yg asli..x pcaye hang pi la belajo sume lian yg ade hang sebut tu... buah pukulan mersing ttp yg satu.
ReplyDeleteBuah Pukul Mersing Mat Samurai Gelanggang
ReplyDeletehttp://buahpukul.weebly.com/
buah kena pukul lagi perit bro..
ReplyDelete