Thursday, April 19, 2012

Cekak Malaysia: Malam Pendekar 2012

Seperti yang hamba janjikan...saksikan demo pada Malam Pendekar 2012 yang diadakan di USM Pulau Pinang pada bulan Februari yang lepas. Video pertama dari aliran Cekak Malaysia



Silat Pusaka Warisan dan Pusaka Gayung akan menyusul...nantikan...

Monday, April 9, 2012

The Raid: Redemption



Sinopsis:

Deep in the heart of Jakarta's slums lies an impenetrable safe house for the world's most dangerous killers and gangsters. Until now, the rundown apartment block has been considered untouchable to even the bravest of police. Cloaked under the cover of pre-dawn darkness and silence, an elite swat team is tasked with raiding the safe house in order to take down the notorious drug lord that runs it. But when a chance encounter with a spotter blows their cover and news of their assault reaches the drug lord, the building's lights are cut and all the exits blocked. Stranded on the 6th floor with no way out, the unit must fight their way through the city's worst to survive their mission. Director Gareth Evans (Merantau) and rising martial arts star Iko Uwais reunite in this adrenaline-fueled action film.


Studio: Sony Pictures Classics
Director: Gareth Evans
Screenwriter: Gareth Evans
Starring: Iko Uwais, Doni Alamsyah, Joe Taslim, Yayan Ruhian, Ray Sahetapy
Genre: Action
MPAA Rating: R (for strong brutal bloody violence throughout, and language)
Official Website: TheRaidmovie.com
Review: 8/10 rating

Tak tau bila akan ditayangkan di Malaysia... tunggu je laa...

Wednesday, March 28, 2012

Gayang 5 Lian Raja

Klip video berikut adalah dari Gayang 5 Lian Raja, salah satu aliran buah pukul mersing dari aliran Pak Raja Ali dan dari susur galur Abdul Rahman b. Majid atau lebih dikenali dengan nama Pak Atan Air Batu. Setahu aku, jarang boleh kita disaksikan video-video dari aliran ini... Jadi untuk mengenali aliran ini dengan lebih dekat, sama-sama kita saksikan video ini dan untuk sahabat yang berminat, terutama yang berada di sekitar Cheras bolehlah hubungi nombor yang tertera. Ma Acih... :)

Wednesday, March 21, 2012

Demo Pusaka Gayong - Mac 2012

Terserempak dengan video ni yang baru sahaja di'upload' di youtube. Aku tengok sampai habis dan aku rasa memang menarik untuk aku kongsikan di blog ini...sebab demonya bagus...tak teragak-agak dan penuh keyakinan...tambah pulak dengan adanya pasangan pentas parang vs. cindai, kapak vs. rantai dan sebagainya yang jarang-jarang boleh ditonton. Tahniah kepada peserta-peserta yang terlibat... Jadi, buat sahabat-sahabat ADSB (Aku Dan Seni Beladiri)...saksikan...

Sunday, March 18, 2012

DVD Seni Beladiri Koleksi Peribadi

Sebagai peminat seni beladiri, banyak video mengenai beladiri yang aku kumpul, dari pelbagai aliran beladiri silat dan bukan silat. Ada di antaranya yang telah aku kumpul sejak dulu adalah dalam bentuk video tape (VHS), tetapi aku dah convert ke dalam format DVD...di samping tu banyak juga koleksi video yang dah lesap entah ke mana...rugi..rugi.. mano laie den nak cari...khazanah berharga tu...

Tetapi pada zaman internet dan youtube ni, maklumat dah di hujung jari...jadi tak lah susah aku nak kumpul video berkaitan beladiri. Dari situ timbulnya idea nak buat DVD seni beladiri untuk koleksi peribadi...waktu lapang boleh jugak tengok.

Proses nak buat DVD ni agak remeh... bermula dari download video dari youtube (ada juga yang aku dah ada dalam bentuk DVD...so copy je la), pastu convert ke format yang compatible dengan DVD, kemudian baru burn ke dalam DVD. Saiz fail video format DVD sememangnya besar, jadi untuk menghasilkan satu DVD je kadang-kadang ambil masa sampai berjam-jam... itu belum cerita kalau conversion tu jem tengah jalan sebab format asal dia tak berapa ngam atau DVD kosongnya ada problem...terpakso la den convert dan burn balik... tensen betoi...

Bila DVD dah di'burn' dengan jayanya... aku design pulak poster covernya, lepas tu pergi print kaler kat kedai (takkan nak buat poster DVD hitam puith kot...) dan masukkan poster cover tersebut ke dalam casing DVD yang telahpun aku beli terlebih dahulu (cheh...rasa macam bagi resepi dalam program memasak lak)... maka terhasillah DVD-DVD seperti yang terpapar di bawah...ni sebahagian daripadanya je...Videonya? Nanti la ado maso den upload...






Thursday, March 15, 2012

Berpecah Lagi...

Akibat kesibukan kerja, lebih kurang setahun aku pencen dari latihan lian padukan sehinggalah aku mendapat khabar yang mengejutkan...iaitu telah berlaku krisis di peringkat jurulatih tertinggi lian padukan. Mmm...pecah lagi...dah la silat cekak dulu berpecah, inipun berpecah jugak? Jadi, sebagai seorang yang ada pengalaman berada dalam persatuan silat yang berpecah, aku cuba untuk mendapatkan maklumat dari kedua-dua belah pihak yang berkrisis.

Sedaya upaya aku cuba untuk bersikap neutral dan menjaga hubungan dengan kedua belah pihak, tetapi nampaknya tak semua orang boleh menerima orang lain yang tak sependapat dan sependirian dengannya, jadi... mahu atau tidak, aku terpaksa memilih dan membuat pendirian... dan setelah mengambil kira semua faktor, aku memilih untuk menyambung latihanku di bawah bekas ketua jurulatih lian padukan KL/Selangor...sekaligus menjadikan aku bukan lagi bernaung di bawah nama lian padukan.

Memilih satu pihak, bukan bermakna aku bermusuh dengan orang-orang dari pihak yang satu lagi. Sehingga sekarang aku masih lagi ramai kawan dari sebelah 'sana'. Pendirianku mudah, aku akan berkawan dengan mereka yang berfikiran terbuka dan masih ingin berkawan denganku dan begitulah juga sebaliknya. Lagikan berbeza agama manusia boleh berkawan, apalah sangat kalau hanya berbeza guru silat. Rugi rasanya kalau kehilangan kawan dan terputusnya silaturrahim disebabkan perpecahan dalam silat. 'Persatuan' sepatutnya menyatukan, bukan memecah-belahkan. Untuk sahabat-sahabat dari sebelah 'sana' yang masih berhubung dan bersilaturrahim denganku, aku ucapkan terima kasih dan menghargai persahabatan kalian. Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan. Amin.

Monday, February 27, 2012

Malam Pendekar 2012

Pada hari Sabtu, 25 Feb. 2012, telah berlangsung Malam Pendekar 2012 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ianya adalah anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM dan dirasmikan oleh Presiden PERSAKA, Datuk Seri Muhammad Ali Rustam. Sebenarnya aku tak tahupun akan berlangsungnya acara ni, tetapi ada seorang sahabat terlanjur bertanya kepadaku, "Tuan terlibat ke dengan Malam Pendekar nanti?" Aku dengan naifnya bertanya balik, "Hah? Malam Pendekar? Bila? Kat Mana?" Maka dari situlah baru aku tahu setelah mendapat jawapan dari sahabatku tadi.


Dipendekkan cerita, selepas berakhirnya ucapan oleh perasmi, persembahan dimulakan oleh tuan rumah iaitu Cekak Malaysia, diikuti oleh Silat Gayung Makrifat, Silat Pusaka Warisan, Cekak Malaysia persembahan ke-2, Silat Pusaka Gayung, Silat Laksamana Raja Laut, Cekak Malaysia persembahan ke-3, Silambam, Kelab Kung Fu USM, dan diakhiri dengan persembahan parang lading Cekak Malaysia.

Secara keseluruhan persembahannya boleh la tahan. Nampaknya ramai yang kurang latihan dan persediaan untuk membuat persembahan dalam acara yang boleh dianggap besar itu. Anugerah persembahan paling mantap aku berikan kepada silat Pusaka Gayung dan diikuti oleh silat Pusaka Warisan. Pergerakan mereka tidak teragak-agak dan penuh yakin. Persembahan silat lain agak hambar. Kelab Kung Fu USM hanya persembahkan sedikit pergerakan mereka. Silambam juga boleh dipuji...dengan menunjukkan kemahiran mereka memusing kayu dan buah-buah Silambam jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam membuat persembahan.



Secara keseluruhan persembahan semua aliran beladiri adalah memuaskan, cuma ada satu perkara yang aku agak kurang senang...iaitu adanya suara-suara sumbang yang kedengaran dari belakang tempat dudukku ketika sedang berlangsungnya persembahan Silambam dan Kung Fu, yang mana aku amat pasti mereka adalah orang-orang silat. Suara-suara tersebut seolah-olah memperlekeh persembahan yang dibuat oleh Silambam dan Kung Fu tersebut. Nampaknya masih ada orang silat yang mempunyai mentaliti seperti itu.

Belasan tahun yang lepas aku pernah berbual dengan seorang guru silat yang juga salah seorang tenaga penggerak majalah Pendekar... beliau mengatakan bahawa pada masa itu ramai orang silat yang suka memperlekeh atau memandang rendah pada beladiri aliran lain terutama aliran bukan silat. Beliau juga bertanya, orang-orang itu merendah-rendahkan Silambam...tapi kalau bagi kayu panjang kepada mereka, boleh ke mereka pusing macam yang ahli Silambam buat? Belum tentu lagi kan? Dan kalau bukan sebab itu sekalipun, kita harus belajar menghormati ilmu yang ada pada orang lain jika kita mahu mereka menghormati ilmu kita. Dah agak lama aku tak menonton apa-apa persembahan beladiri, tak sangka pula isu yang dah berbelas tahun diceritakan masih berlaku pada masa ini. Aku harap keadaan itu akan berubah suatu masa nanti.






Video akan menyusul nanti...sabaq naa...