Filem dan drama berunsur seni beladiri, sama juga seperti demonstrasi, ada yang bagus, pantas, tangkas dan mempunyai gerak yang mengagumkan dan sebaliknya pula ada yang dibuat sambil lewa, gerakan lembab, langkah sumbang...janji ada sepak dan tumbuk, kira seni beladirilah tu. Sahabat semua sendiri sedia maklum yang mana satu filem atau drama seni beladiri yang bagus dan yang mana tidak, apatah lagi sebagai seorang pengamal beladiri, kita tau pelakon mana yang ada kemahiran atau tidak. Bukan tidak pernah kita menonton filem yang bila heronya membuka langkah silatnya sahaja dah terserlah sumbangnya dan amat ketara yang dia tidak mempelajari apa-apa seni beladiri, kaku semacam je. Kalau nak cerita tentang perkara ini sahaja memang panjang, jadi dicadangkan sahabat pergi ke link berikut untuk lebih jelas. http://www.filemkita.com/maklumat/artikel/artikel_01.html
Antara drama dan filem berunsur seni beladiri yang aku minati sejak dulu hingga sekarang adalah seperti Luk Tujuh, Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas, Matinya Seorang Patriot, Puteri dan Syahadat, manakala filem-filem luar pula adalah seperti Fist of Legend, SPL, Dragon Tiger Gate, Fighter In The Wind, Zatoichi, Crying Freeman, Ong Bak, Tom Yum Goong dan Ip Man.
Ada sesiapa boleh cadangkan apa lagi tajuk filem-filem yang aksi seni beladirinya boleh dikategorikan sebagai bagus? Terima kasih
Aku sebenarnya meminati hampir semua jenis seni beladiri. Di mana atau bila sahaja ada kesempatan aku hampir tak mungkin akan terlepas untuk melihat demonstrasi-demonstrasi yang diadakan. Tapi seringkali juga berita sampai ke pengetahuanku hanya selepas demonstrasi selesai, memang frust la jawabnya. Harap ada di kalangan sahabat yang mungkin tahu sekiranya ada blog atau laman web yang menyiarkan acara-acara demonstrasi seni beladiri yang bakal diadakan di mana-mana dapat membantu hamba ini, jadi tidaklah hamba hanya tahu selepas acaranya berakhir.
Seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, antara aliran seni beladiri yang jarang gagal menarik perhatianku bila membuat demonstrasi adalah seni silat dari aliran Gayong, sama ada Gayong Malaysia ataupun Pusaka, apatah lagi jika demonstratornya adalah otai-otai seperti Jebat dan (arwah) Zulkarnain, Kasturi dan lain-lain orang lama, kegagahan dan ketangkasan mereka sememangnya terserlah. Demo parang berapi adalah antara trade mark silat Gayong, biasanya memang adalah penonton yang menjerit (pompuan la...tak tau la jika ada lelaki yang menjerit..hehe...) sebab ngeri tengok percikan bunga api dan bunyi dua parang berlaga depan mata. Tak kurang ngeri dan menarik juga buah-buah kuncian dan seni lompatan dan akrobatik yang dipersembahkan. Bukan menidakkan kehebatan persembahan seni beladiri lain, Cuma mungkin sebab Gayong adalah antara aliran yang mempunyai ahli yang paling ramai, jadi demonstrasinya lebih kerap boleh ditonton di mana-mana. Selain Gayong, Silat Cekak, Tae Kwon Do dan Karate (sekadar menyebut beberapa aliran) juga antara aliran yang well prepared dan sistematik bila buat demo.
Faktanya, setiap seni beladiri mempunyai kehebatan dan tarikan tersendiri, cuma dari pemerhatianku, kadang-kadang ada sesetengah peserta atau jurulatih demonstrasi kurang memberi fokus kepada mutu dan kelancaran persembahan, sama ada perancangan dibuat secara agak tergesa-gesa atau kurang latihan untuk demo tersebut, hanya diri mereka sendiri yang boleh menjawabnya. Jika penonton terdiri daripada khalayak yang tiada latar belakang seni beladiri, persembahan yang sederhana mungkin sudah mencukupi, tapi jika penonton adalah terdiri daripada pengamal seni beladiri, sedikit kecacatan, sama ada gerak demo yang terlalu perlahan, gerak yang teragak-agak atau kurang yakin, silap langkah, gerak yang tidak sychronize dengan pasangan tempur atau sebarang kesilapan yang paling kecil sekalipun akan dapat dikesan oleh penonton.
Memang demo bukanlah penentu sama ada sesuatu seni beladiri tersebut bagus atau tidak atau seseorang pengamal beladiri itu betul-betul mahir ataupun tidak secara realitinya, tetapi demo adalah pembuka mata kepada orang lain untuk lebih mengenali aliran yang dipersembahkan. Penonton tidak boleh menilai apa yang mereka tidak nampak, jadi adalah menjadi tugas pengamal beladiri untuk mempersembahkan kecantikan dan kehebatan beladiri mereka untuk menarik khalayak menyertai aliran masing-masing. Memang itu tujuannya kita membuat demonstrasi kan?
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan di IPT tempat aku belajar hanya beberapa tahun selepas aku belajar silat Cekak. Atas sebab-sebab yang tak dapat aku nyatakan (mungkin ada antara sahabat diluar sana yang tahu sebabnya) aku tak dapat menyertainya di kampusku sendiri. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada beberapa orang sahabatku yang juga merupakan jurulatih Gayong, gelanggang terhampir yang ada pada masa itu adalah di jalan Gombak, tetapi disebabkan masalah pengangkutan, aku tak dapat untuk berulang-alik ke sana. Nampaknya memang aku tiada jodoh dengan silat Gayong, tetapi aku masih kekal sebagai peminat setia...walau di mana aku berada dan walau aliran apa yang aku pelajari sekarang.
Setelah tertubuhnya Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Cekak Hanafi) dan Cekak Hanafi mengambil alih persatuan SC di universiti tersebut dari Silat Cekak Malaysia, aku bergiat aktif dalam latihan dan demonstrasi, seterusnya menjalani ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP), dilantik sebagai Pembantu Jurulatih Percubaan sebelum menjadi Pembantu Jurulatih dan seterusnya sebagai Jurulatih dan menjalani ujian Sijil Menengah Persilatan (SMP).
Sebagai jurulatih, selain melatih penuntut untuk menghadapi ujian-ujian SRP dan SMP, aku juga selama enam tahun berturut-turut menjadi jurulatih untuk pasukan yang mewakili kampus kami ke Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat kebangsaan. Antara tuan rumah pertandingan yang aku masih ingat ialah kampus kami sendiri, UIA, UM, UPM dan UKM. Sepanjang enam tahun, iaitu enam kali pertandingan, kami muncul sebagai juara keseluruhan sebanyak dua kali.
Setiap kali melatih peserta untuk pertandingan, aku sendiri selalu memberitahu mereka bahawa aku tak mahu mereka berlatih disebabkan untuk menjadi juara, tetapi aku cuma mahu mereka lakukan yang terbaik kerana soal menjadi juara tiada siapa yang boleh tentukan disamping setiap pasukan yang bertanding juga mempunyai kekuatan mereka tersendiri, sedangkan jika mereka melakukan yang terbaik, kemahiran dan ketangkasan yang diperolehi itulah yang lebih penting untuk mereka. Ringkasnya... aku tak kisah jika anak didikku kalah dalam pertandingan, asalkan mereka menunjukkan kesungguhan dan berdisiplin sepanjang aku melatih mereka.... namun berkat kesungguhan mereka, jarang antara mereka yang pulang dengan tangan kosong, yang pulang dengan tangan kosong hanya aku, iaitu jurulatih mereka, tetapi kepuasan yang aku perolehi tidak dapat digambarkan.
Terlalu banyak pengalaman berharga yang aku perolehi sepanjang menjadi jurulatih. Pelbagai ragam rakan-rakan jurulatih dan penuntut juga yang aku hadapi. Itu semua akan aku simpan kemas di dalam ingatan.
Melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti menemukanku dengan seni silat aliran Cekak Malaysia. Masa tu di universiti tersebut hanya ada dua seni beladiri iaitu Silat Cekak (SC) dan TKD. Memandangkan aku pernah mempelajari silat sewaktu di sekolah dahulu, aku memilih untuk mempelajari silat juga. Sangkaku dengan mempelajari Seni Silat Gayung Pancasila (SSGP) dahulu akan memberi kelebihan dari sudut kefahaman dan kemahiran gerak bila aku belajar SC, tapi sangkaanku silap. SC amat berbeza dari SSGP dan kebanyakan silat. SC menanti serangan tidak berkuda-kuda. Menyerang juga tiada kuda-kuda. Buah-buahnya segerak, tiada mengelak, cuma ada tangkisan dan gelek. Memang aku betul-betul kekok pada permulaan aku mempelajarinya, malah sebelum belajar SC, selepas melihat demonstrasi, sempat aku bertanya kepada jurulatih SC, “Tak boring ke bang Silat Cekak takde kuda-kuda?”... aku sendiripun tak tau apa jenis soalan yang aku tanya tu, ada pulak tanya pasal boring atau tak bila takde kuda-kuda...hehe...
Pada permulaan kelas, sewaktu belajar kaedah B, iaitu tangkisan untuk serangan pada bahagian dada... dengan yakinnya aku menepis sambil mengeraskan tanganku, sama dengan aku ambil tangkisan luar SSGP dulu, tapi tiba-tiba abang jurulatih disebelahku memperbetulkan cara tangkisan yang aku buat. Tangan aku yang dikeraskan tadi disuruh lembutkan dan jari-jari aku yang dah mengepak itupun disuruh rapatkan. Makin janggal jadinya aku. Kebiasaan yang dilakukan waktu dalam SSGP dulu nampaknya banyak yang tak boleh pakai bila belajar SC. Lepas tu abang tu ada jelaskan, “Kita lembutkan tangan sebab tangan yang sama akan kita gunakan lagi pada peringkat yang seterusnya. Kalau tangan kita keras, gerakan lanjutan akan jadi lambat.” Setelah semakin naik peringkat barulah semakin faham aku tentang konsep dan gerak dalam SC.
Krisis kepimpinan yang berlaku setelah beberapa tahun aku dalam SC telah menyaksikan persatuan yang menaungi SC berpecah kepada dua iaitu persatuan asal, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Setelah meneliti segala penjelasan melalui semua sumber yang ada pada masa itu, aku membuat keputusan untuk memilih PSSCUHM.
Banyak sangat selingan... hingga tertunda nak menulis tentang seni beladiri seterusnya yang aku pelajari selepas Seni Silat Gayung Pancasila.
Seni beladiri kedua yang aku pelajari adalah tinju siam. Tinju siam? Rasanya ramai akan kenal kalau disebut muay thai, tomoi atau kick boxing....tapi tinju siam? Jangan tanya padaku kerana aku sendiri tak pasti dan tak pernah bertanya kepada guru yg mengajarku asal usul seni yg aku pelajari ini. Cuma mengikut teori aku mungkin ianya adalah versi muay thai yang lebih ringkas...agaknya laaa..
Kisah bermula sewaktu cuti sekolah sekitar 20 tahun yg lalu...aku dan seorang kawanku dipelawa oleh seorang kawan baik ayahku yg cuma kupanggil Pak Su untuk mempelajarinya. Pak Su tiada gelanggang, pelawaannya kepadaku adalah atas dasar aku adalah anak kawan baik beliau. Bila malam kami berbasikal melalui jambatan dan tebing sungai yang boleh tahan gelapnya untuk ke rumah Pak Su yg terletak berhampiran sawah padi yg agak luas serta dikelilingi pokok kelapa. Kami berlatih hanya diterangi cahaya samar-samar dari lampu dalam rumah Pak Su....dan kalau bernasib baik, bulan penuh akan melimpahkan cahayanya menemani latihan kami.
Seni ini, seperti juga tomoi...menekankan penggunaan penumbuk dan sepak hadapan dan sepak layang sebagai teknik utama. Satu teknik yg tak pernah aku lihat dalam tomoi adalah cara melepaskan diri apabila kaki kita ditangkap sewaktu melakukan sepak layang. Walaupun secara keseluruhan tekniknya tidaklah sebanyak teknik dalam tomoi, tetapi teknik melepaskan diri tersebut bagiku agak istimewa.
Habis latihan kami akan dihidangkan air teh O panas dgn kuih atau biskut sambil berborak dengan Pak Su... beliau memang seorang yg baik hati dan tak kedekut dgn ilmu yg beliau ada. Dalam dok borak-borak tu ada juga beliau berseloroh, katanya kepada kami... “balik nanti hati-hati lalu atas jambatan tu...kot-kot ada perempuan rambut panjang dok kat jambatan tu jangan pulak korang tegur.” Anak daranya plak marah kat Pak Su... “Ayah ni buat menakutkan diaorg je nak balik,” ada jugak orang yang sayangkan kitaorang, anak dara lak tu...hehee...
Kami menuntut tinju siam ini hanya selama 4 malam... tapi kami sempat diperlimau penamat oleh Pak Su. Ada juga diajarkan ilmu bisa tangan dan diijazahkan, tapi entah kenapa aku tidak beramal dengan ilmu itu....sekarang ni dah langsung tak ingat tentang amalan tersebut.
Tulisanku yang akan datang adalah mengenai seni beladiri ketiga yang aku pelajari...iaitu....