Wednesday, April 25, 2012

Filem Silat Tembusi Pasaran AS

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption. 

JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa. Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini. Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS. Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia. “Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia. “Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu. Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan. Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan. Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan. Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Thursday, April 19, 2012

Silat Pusaka Gayong: Malam Pendekar 2012

Persembahan demo terbaik aku anugerahkan kepada aliran Seni Silat Pusaka Gayong. Ada silap sikit-sikit tu adat la...tapi yang penting ia tidak mencacatkan persembahan secara keseluruhan.



Tahap keyakinan hayunan parang dalam demo ni lebih sikit berbanding aliran silat yang membuat persembahan sebelumnya. Bukan senang nak buat demo tempur parang, latihan kena cukup, sebab kalau silap haribulan ada parang yang makan orang. Pernah terjadi pada sahabatku sendiri suatu masa dulu...nasib baik dia tak apa-apa, hanya jari jemarinya sahaja yang cedera.



Tahniah buat pasukan demo Pusaka Gayong...dari Balik Pulau kalau tak silap aku. Semoga terus mempersembahkan demo yang mantap.

Silat Pusaka Warisan: Malam Pendekar 2012

Seni Silat Pusaka Warisan mempersembahkan tari dan pentas cindai, tekpi, kerambit, tembong, parang, tangan kosong, keris, simbat dan parang. Demonstrasi yang sistematik dengan peserta-peserta demo yang berkeyakinan...cuma kemantapan geraknya masih boleh ditingkatkan. Apapun demo yang bagus dari Pusaka Warisan. Selamat menonton... :)

Cekak Malaysia: Malam Pendekar 2012

Seperti yang hamba janjikan...saksikan demo pada Malam Pendekar 2012 yang diadakan di USM Pulau Pinang pada bulan Februari yang lepas. Video pertama dari aliran Cekak Malaysia



Silat Pusaka Warisan dan Pusaka Gayung akan menyusul...nantikan...

Monday, April 9, 2012

The Raid: Redemption



Sinopsis:

Deep in the heart of Jakarta's slums lies an impenetrable safe house for the world's most dangerous killers and gangsters. Until now, the rundown apartment block has been considered untouchable to even the bravest of police. Cloaked under the cover of pre-dawn darkness and silence, an elite swat team is tasked with raiding the safe house in order to take down the notorious drug lord that runs it. But when a chance encounter with a spotter blows their cover and news of their assault reaches the drug lord, the building's lights are cut and all the exits blocked. Stranded on the 6th floor with no way out, the unit must fight their way through the city's worst to survive their mission. Director Gareth Evans (Merantau) and rising martial arts star Iko Uwais reunite in this adrenaline-fueled action film.


Studio: Sony Pictures Classics
Director: Gareth Evans
Screenwriter: Gareth Evans
Starring: Iko Uwais, Doni Alamsyah, Joe Taslim, Yayan Ruhian, Ray Sahetapy
Genre: Action
MPAA Rating: R (for strong brutal bloody violence throughout, and language)
Official Website: TheRaidmovie.com
Review: 8/10 rating

Tak tau bila akan ditayangkan di Malaysia... tunggu je laa...